Friday, 18 March 2016

Warung Buluh

Warung Buluh kat Jln Meru. Rasa klu duk kat area meru, mesti tau

Warung ni beroperasi untuk sarapan pagi n petang. Klu malas nak buat sarapan or minum ptg..blh singgah sini. X mengecewakan!!

Menu dia yg pernah saya rasa..mee kari, mee rebus (mmang best), mee sup, laksa, mee sup, lempeng n cokodok kelapa. Rasa mcm mkn kat kmpung!!! Ops..!!! Lupa nak mention, nasi lemak dia mmang sedap.!!!

Yg uruskan perniagaan ni semua akak2. Maybe selain dr jadi suri rumah tangga ( rumah kat blakang je kot) dorang berniaga pagi n petang je. Menu pun simple je.

Conclusion... Pls dtg mkn kat sini. Harga pun ok, rasa mcm mkn kat rumah je..

Sunday, 6 March 2016

Pasar Pagi Shah Alam

Rasanya ramai yg tau pasal pasar pagi Shah Alam. Lokasi betul2 kat dgn stadium Shah Alam. Setiap ahad dr pagi sampai tengahari. Klu nak datang pasar ni, kena dtg pagi2! Panas giler!! Parking agak susah klu dah lambat.

Kat sini sape yg suka makan blh la dtg sini. Mcm2 ada..rasa semua nogori ada..siapkan duit je!! Byk pasar aku dah penah pegi, tapi yg ni x leh lawan. So malaysian especially org shah alam be proud! Tmp lain pasar dia x semeriah mcm sini. Masa yg sama pasar tani dia pun ada pelbagai barangan dapur so x de masalah. Ulam2, ikan, ayam, daging and byk lagi!

Bagi yg nak tgk pakaian, tudung, keronsang, kosmetic, ubatan tradisional, barangan bundle, brg antik, tilam, langsir and mcm2 klu nak sebut x abis!! Oh ya klu penat jalan blh urut kaki sbb ada tukang urut kaki kat sana. Tapi nak nasihat, klu nak ke sana x yah lah bawak baby..kesian! Dah la panas, sesak pulak!

Tapi satu je pelik...majority org melayu yg dtg kat sini maybe penduduk shah alam ramai melayu kot.!!! paati la

Saturday, 5 March 2016

Abah

Assalamualaikum

Maaf..ari ni nak lari dr tajuk. Bukan nak citer pasal makanan tapi pasal arwah abah. Dah 6 bulan abah pergi meninggal kan kami sekeluarga. Air mata deras setiap kali aku ingatkan dia. Masih tergiang2 suara dia. Andai masa dapat ke belakang pasti aku akan buat yang terbaik buat beliau. Dia lah tempat aku untuk bercerita setiap kali aku pulang dari kerja. Siap bukak pintu pagar untuk aku supaya senang aku nak parking keta. Begitu sayangnya abah aku kat aku. Bila aku balik nasi dah siap masak, jadi keja aku jadi mudah...masak lauk je

Kekadang ada gak masa aku "angin" sbb abah suka bebel "itu x kena, ini x kena" tapi kejap je sbb aku anak yg baik. Aku akan masak apa yg abah suka makan. Kami berketurunan mamak so blh agak ye apa menu kami setiap hari. Untuk abah aku kena siapkan hidangan seperti kari ikan atau ayam, dhal, rasum baru kenyang katanya. Selalunya abah byk bantu aku dalam urusan rumah sbb aku bekerja sambil belajar. Abah aku ni aktif orangnya. X duk diam! Ada je benda nak buat. Abah boleh drive jadi lgi panjang lah langkah dia. Cucu jadi keutamaan dia. Abah akan pastikan cucu dia kenyang, sanggup tempah dgn mamak restoran suh simpan peha ayang goreng yg besar2 mcm peha ayam belanda. Tu lah abah. Cucu pun mua, x pandai nak buat keja.!!! Satu lagi pasal abah, dia ni pembersih!!! Klu dah mkn make sure pinggan basuh, pantang dia tgk kat singki ada pinggan x basuh...darah telinga jadinya!!  Klu tgk tv x suka bukak volume kuat2 bising!!!.katanya. Satu habit abah aku yg aku n adik-beradik termasuk hubby marah, klu ada duit ada je nak di repair keta dia. Sayang betul dia dgn keta dia..abah..abah!! 

Tapi..semua tu dah jadi kenangan buat aku!! Kanser pundi kencing yg serang abah buatkan abah pergi selama2 nya. Abah sakit x lama cuma 4 bulan je. Selama 4 bulan, hospital adalah rumah kedua aku dan adik2. Terlalu pantas...!!! Selama abah sakit 4 bulan, adik lelaki aku mengalas tanggujawap jaga abah kat hospital. Entah apa gila aku, selama dia sakit aku sibuk dgn tugas di pejabat. Aku cuma uruskan hal penjagaan dan kewangan. Selebih adik lelaki aku yg uruskan. Sempat gak anak perempuan aku jaga kebetulan cuti semester!! Masa abah tgh sakit...dia asyik ckp dia x lama lagi, tapi aku cepat je kata sakit ni blh baik! Tapi abah cukup menderita walau x lama. Dari mata abah, aku tau abah sakit sesangt tapi apa yg mampu kami buat. Sampaikan aku berdoa..." Ya Allah andai abah x leh baik..ambiklah dia.." Aku x nak abah rasa mcm menyusahkan anak2 sbb kami terkejar2 dan di sbb kan keadaan tu ada masa aku mula terkasar...!!! Ya Allah ...apa la aku ni!!!! Berdosa sungguh aku. Abah jaga kami dr kecil sampai kami semua berumahtangga tapi bila dia sakit 4 bulan, blh pulak aku sibuk!!! 

Sepanjang abah sakit, dia pasti akan call aku setiap jam sehingga aku rasa terggangu waktu kerja..!!! Astafirullaazim... Dia cal nak make sure pokok2 dia terjirus, enjin keta panaskan and paling penting cucu2 dah makan ke belum!!  Mcm tu la abah selama 4 bulan sampai hari terakhir. Hari abah meninggal sempat cal aku suh balik ambik cuti sbb dia sakit teramat sgt. Masa tu pun aku x angkat cal abah sbb nak masuk meeting. Kawan aku yg tolong jawap. Sampai hari ni aku rasa kesal!!!!  Kebetulan adik aku yg jaga abah balik rmh kejap sbb x sihat. Di pendekkan cerita...abah menghembuskan nafas, tanpa kami adik beradik. Cal dari hospital benar2 meragut segala2 dr aku. Hilang sudah abah, kawan n lawan aku. Allah sentiasa berlaku adil. Bila Allah nak bagi peluang rebut pahala, aku lalai kejap!!! Bila abah di jemput..aku meraung!!!! Sampai hari ni... !! Dah x de org nak dengar citer aku. Dah x de org nak belilan aku rojak bila aku demam!!! Dah x de org nak hulurkan aku duit bila aku sesak sbb abah byk simpan duit. Baru aku rasa abah dah x de.. 

Sekarang bila aku balik...rumah rasa kosong, pagar kena bukak sendiri, pokok kena siram, kucing abah kena bagi mkn, keta kena panaskan enjin..!!! Yg dapat aku pegang hanya barang2 abah dlm bilik abah. Kertas tulisan abah dlm bahasa tamil yg aku x tahu baca, baju2 dan buku2.. Air mata jadi peneman aku bila aku rindukan abah. Sungguh sedih abah!!! Knpa aku lalai saat terakhir abah???!!kenapa aku x jga abah 4 bulan tu ! Patut nya aku dok sebelah dia masa dia hembuskan nafas terakhir dia. Semoga roh abah di tempatkan bersama org2 yg beriman...aaminnn 

Al fatiha buat abah (12/2/1948-26/8/2015 )

Monday, 15 February 2016

Seafood Okid sek 9

Assalamualaikum. Hari nak citer pasal restoran seafood kat sek 9 shah alam. Restoran ni menjadi kegemaran anak2 saya klu nak celebrate gaji ke or bonus bapak dia. Entah rasa dia x lah hebat sangat tapi tu gak dorang nak, so ikutkan ajelah.

Ok let's go to the point. Kat sana selalu kami makan sharks fin soup. Ni mmang favourite anak2 saya klu gi mkn seafood. Harga rm50 untuk bekas kecik tapi cukup untuk 5 org mkn. So x yah nak tamak2 beli yg besar. Cina waiter tu sukala klu order yg besar2...bagai ko ye waiter! Next kami order butter prawns. Ni harga lebih kurang rm30. Butter prawns dia sedap, udang pun mcm fresh je. So x rugi klu order ni. Selain dri itu, dorang ada gak menu soft shell crab dgn salted eggs. Harga sama lebih kurang rm30 je. Ni sedap!!! Nak mkn pun senang sbb x de kulit ketam. Ambik terus masuk mulut. Klu ketam biasa siksa nak makan! By the time selesai kopek kulit nafsu makan pun hilang, tu belum kes air ketam percik kat org sebelah n tukul besi "letap-lutuk" atas meja makan. Eee serik!!! Next tomyam seafood dia sedap n portion untuk kecik sbnarnya blh share untuk 5 org. So ni pun jgn tamak2. Harga pun sama rm20-30 je. Cuma satu je yang x puas hati...ikan kerapu dia!! Kitaorg mintak masak thai stim...ok bila sampai seperti yg kita order tapi bila makan,...liat giler!!! Peh!!! Ikan tua ke dorang served kat kita org or mmang macam tu rasanya. Tapi x kanlah ikan liat mcm daging kot.. Harga ni paling mahal-rm 88 seekor!!! Yg lain x le mahal sgt klu nak compare dgn ikan ua ni.

So I suggest bila nak order ikan kat sini hati2 sikit...apa2 pun boleh lah nak bwak anak bini mkn kat sini..
..ok that's all for now!





Friday, 12 February 2016

Mee tarik kl sentral

Mee tarik di KL Sentral. Mesti ramai yang dah tahu pasal mee tarik ni kan! Ok mee tarik ni first time saya makan kat Guangzhou. Rasanya biasa2 je cuma masa kat sana mcm jakun sikit sbb tengok cara dia buat n terus order. Yelah citarasa kita mmang x sama dgn dorang so saya bagi 3 * out of 5 *

Ok x nak citer panjang just nak inform kat KL sentral mee tarik dia was sedap, sesedap citarasa kita org Malaysia. Sesapa nak try blh la pegi kat KL Sentral kat food court bawah tu. Kat klang pun ada tapi e tah it didn't come to my expectation. Tak pasti sama ke branch dorang.


Masak2 - sup rangka ayam

Covid19-LOCKDOWN-kita masaklah  Virus ni mula2 kita ingat biasa2 je akhirnya telah meruntuhkan ekonomi dunia!!! Satu fenomena yg ngeri t...